dewasa ni persaingan semakin pesat. bukan dalam sektor pekerjaan je, malah dalam sektor pendidikan juga terasa bahang persaingannya.. hari ni, aku terase tersangat la kecewa bila aku dengar sendiri yang
sijil dari sebuah IPT ni
tak diiktiraf.. kalau setakat sijil tu takde la hairan sangat kan.. ni dah sampai tahap diploma baru la nk
'di warwarkan' yang sijil dari IPT ni
tak laku.. setelah bertahun-tahun berusaha nak dapatkan
segulung kertas yang dikatatakan boleh
menjamin masa depan di genggaman, last-last bile dah dapat, kertas tu tak laku..
duit mak bapak pulak dah banyak
dihabiskan utk menghantar dan menyara anak mereka menuntut di IPT ni...
sedih beb!!.. "
IPTA" ni dulu ditubuhkan untuk membantu
'orang kurang cerdik' mendapatkan pencapaian yang lebih baik untuk memenuhi kekosongan di sektor kemahiran.. katanya sijil daripada institusi ni
diiktiraf sepenuhnya oleh kementerian pendidikan dan
setaraf dengan sijil-sijil daripada IPTS dan IPTA lain.. selaras dengan
ISO 9001 lah katakan!!..tapi akhirnya?? bile nak isi "
SPA" nak mintak kerja, sijil dan
nama IPTA ni langsung
takde dalam senarai pencapaian akedamik.. nk mintak posisi
juruteknik pun tak lepas...sedih2...
aku sedih sebab aku juga salah seorang pemilik
SIJIL dari IPTA ni jgk..
2 tahun baru aku dapat sijil.. tu
baru sijil tu..tapi perkara sebenar yang "buek eden terkilan bonar sebonar-bonarnya ni",sbb kawan baik aku... yang dah
GRADUATE dan dah dapat pun 'DIPLOMA' beliau dari 'IPTA' ni pada
tahun lepas, masih lagi
pening kepala memikirkan taraf diploma yang dimilikinya..
dekat 4 tahun blaja beb baru dapat diploma!! korang rase
penat tak?? orang lain buat diploma 3 - 4 tahun jgk...tapi
diiktiraf.... jadi apa kurangnya DIPLOMA dari IPTA ni?? sedangkan
Kementerian Pendidikan Tinggi MALAYSIA yang menyelia dan menetapkan
VISI dan MISI untuk
IPTA ni!! untuk nak menambahkan kesedihannya lagi,
SIJIL dari
IPTA ini juga
tidak setaraf dengan sijil
SKM GIAT MARA yang
tempoh belajarnya cuma
6 BULAN je bang..........
jadi, apakah
TINDAKAN yang sepatutnya diambil oleh pihak
KPTM bagi menangani isu ini.. sehingga kini masih tiada
jawapan yang pasti untuk
membela nasib insan-insan yang malang ini.. kalau difikirkan balik, IPTA ni meletakkan
80% amali untuk memberi
persediaan awal bagi penuntut2nya memasuki
alam pekerjaan.. tapi bila nak mintak
kerja untuk jadi
technician pun susah.. hai badan, apalah nasib..........